Ahad, 19 Januari 2014

KERANA AKU MENCINTAINYA

Suasana hiruk-pikuk di pasaraya itu cukup melemaskan Aina Balqish. Bagaikan sudah menjadi suatu kelaziman pasaraya itu sarat dengan pengunjung terutama pada hujung minggu. Ingin saja dia keluar dengan cepat dari pasaraya itu. Saat kakinya diatur dengan pantas, tiba-tiba….. Prang!!! Ain terlanggar seorang lelaki hingga buku lelaki itu terjatuh….
   “ Ma…af,, ma…af sa..ya ti..dak sen…ga..ja”, pinta Aina terketar-ketar…
   “ Woi!! Kau buta ke??? Jalan tu guna la mata, jangan pakai hidung!!!” , marah lelaki itu sambil mengambil bukunya yang jatuh.
   “ Maaf encik… Saya betul-betul tak sengaja”, pinta Aina lagi.
   “ Kau…”. Kata-kata lelaki itu terhenti di situ tatkala matanya jatuh pada wajah Aina Balqish. Di sebalik tudung biru muda yang menutupi kepalanya, terserlah keayuan pada wajah gadis itu. Walaupun susuk tubuh gadis itu agak kecil seperti anak patung, namun pipinya yang putih gebu dan matanya yang cukup seksi sudah cukup menggoncang nalurinya sebagai lelaki.
   Tiba-tiba lelaki tersebut mulai merasa bahang di pipinya. Lalu, dengan tergesa-gesa dia meninggalkan Aina Balqish yang tercengang-cengang dengan perlakuan lelaki itu.


“ Woi Aina, kau pergi mana tadi? Dari pagi keluar, petang baru ingat nak balik”, omel Kak Sya, teman serumahnya.
   “ Rileksla Kak Sya. Ain pergi jalan-jalan je la. Esok nak interview kerja dah. Jadi hari ni Aina jalan la puas-puas”’ kata Aina mencipta alasan.
   “ Pandai la kau buat alasan”’ balas Syarafana yang semakin geram melihat senyum kambing yang tersungging pada bibir Aina.




Pagi itu, tepat jam 8.00 pagi, Aina Balqish tiba di Syarikat SH Corp, tempat dia interview kerja. Tanpa berlengah, dia menuju ke bilik interview setelah diberitahu akan lokasinya oleh seorang pegawai di situ.
   “ Alamak… time macam ni la nak sakit perut..” bebel Aina di dalam hati sambil menekan-nekan perutnya.
   “ Tumpang tanya encik, arah hendak ke tandas di mana?” soal Aina ramah kepada seorang lelaki.
   “ Waooo… Cantiknya perempuan ni ibarat bidadari yang turun dari khayalan..” puji lelaki itu tetapi tidak didengari oleh Aina.
   “ Encik????”
   “ Er…er… tandas ya?? Cik jalan terus, lepas tu belok kanan. Tandas di sebelah pantri..” jawab lelaki itu tergagap-gagap.
   “ Terima kasih…”
   Aina segera berlalu ke tandas. Lelaki itu masuk ke dalam bilik yang dihuni seorang lagi lelaki.
   “ Haikal, tadi aku jumpa awek, cun gila!!! Dah la comel, baik pula tu…” komen lelaki itu.
   “ Kau ni Sham, pantang jumpa awek, mesti comel. Tapi sebenarnya… hampeh…” jawab Syed Haikal sambil ketawa.
   Risham tidak peduli akan perlian Haikal itu terhadapnya. Sebaliknya, dia terus memuji gadis itu. Di dalam hatinya sudah terdetik untuk memiliki gadis itu. Haikal hanya tersenyum mendengar pujian nakal rakannya itu sambil meneliti kertas-kertas di hadapannya. Risham ialah pengurus kewangan Syarikat SH Corp merangkap teman baik Haikal.
      “ Next, Aina Balqish binti Ikhwan”. Seorang wanita dalam lingkungan 30-an memanggil nama Aina untuk masuk ke bilik temu duga.
    Aina yang baru keluar dari tandas, tergesa-gesa masuk ke dalam bilik interview setelah namanya dipanggil berkali-kali.
   “ Kal, tulah awek yang aku ceritakan tadi. Cun kan?” bisik Risham ke telinga Haikal. Syad Haikal segera mengalihkan pandangan matanya ke arah gadis di hadapannya. Haikal dan Aina sama-sama terkejut.
      “ Heh… awak gadis kat pasaraya hari tu kan? ”, soal Haikal.
      Aina menganggukkan kepalanya sebagai mengiakan pertanyaan Haikal. Risham menggaru-garukan kepalanya yang kehairanan melihat tingkah Haikal yang bagaikan sudah mengenali gadis itu.
      “ So, introduce yourself,” tutur Haikal sambil mengukirkan senyuman.
      “ My name is Aina Balqish binti Ikhwan. I am graduated from Oxford University”, tutur Aina penuh yakin.
      Jadi nama dia Aina Balqish. Bukan saja rupa cantik, nama pun cantik. Untunglah aku kalau dapat dia, hati Haikal bermonolog. Risham yang turut sama mendengar turut tersenyum.
      “ So, welcome to my company”, kata Haikal sebelum sempat Aina habis memperkenalkan dirinya.
      “ Betul ke ni encik…….”
      “ Just call me Haikal.. Esok Aina datang dan jumpa Encik Risham dan dia akan tunjukkan bilik Aina”, tutur Haikal sambil jari telunjuknya ditunding ke arah Risham di sebelahnya..
      Aina mengangguk dan melemparkan senyuman ke arah Haikal dan Risham.


“ Camne interview, Ok???”, soal Syarafana.
    “ Alhamdulillah. Esok Aina dah mula kerja dah”, beritahu Aina.
   “ Syukurlah. Lepas ni takde la Aina bosan-bosan duduk kat rumah ni sorang-sorang bila akak pergi kerja.” tutur Syarafana.
   “ Akak terima kasih.” ucap Aina.
   “ Untuk apa?”
   “ Terima kasih sebab sudi jaga Aina sejak ma dan ayah Aina meninggal dunia. Aina bahagia sangat hidup dengan akak. Walau Aina ni anak yatim piatu, hidup Aina tak pernah rasa kosong kerana akak selalu ada di sisi Aina.” kata Aina dalam sendu sambil memegang erat tangan Syarafana.
   “ Aina, akak dah anggap Aina macam adik akak sendiri. Akak sayang sangat kat Aina. kita mungkin sama-sama anak yatim piatu, tapi kita akan tetap sama-sama harungi susah senang..” kata Syarafana.
   Mereka berdua saling berpelukan. Suasana sedih menyelubungi ruang rumah Syarafana.


Sejak hari pertama Aina bekerja di situ, hubungan Aina dan Haikal semakin rapat. Di mana ada Aina, pasti di situ ada Haikal. Sehinggakan Haikal pun sudah mengenali Syarafana dan tempat Aina tinggal. Namun begitu, ada seseorang cukup marah dan iri hati melihat hubungan mesra mereka itu, Risham.


Suatu malam Haikal mengajak Aina makan malam. Malam ini dia akan melamar gadis itu setelah setahun lebih mengenali Aina Balqish. Ibu bapa Haikal, Dato’ Ismail dan Datin Adibah tidak membantah rancangan anak tunggal mereka itu. Mereka berdua cukup mengenali dan berkenan dengan Aina Balqish setelah berkali-kali anak tunggal mereka itu membawa Aina ke rumah mereka.
   “ Aina, sebenarnya Haikal ada hajat nak sampaikan kat Aina malam ni”, tutur Haikal.
   “ Apa dia???” soal Aina.
   “ Aina, pertama kali Haikal terpandang Aina di pasaraya, hati Haikal benar-benar terusik dan terpikat dengan Aina. Biarlah malam ni sang bulan dan bintang menjadi saksi cinta Haikal  kepada Aina. Aina Balqish binti Ikhwan, sudikah Aina menjadi tulang rusuk kiri Haikal, puteri dalam hati Haikal, ibu kepada bakal anak-anak Haikal???”, lafaz Haikal penuh harapan.
   “ Jika nama Haikal sudah tertulis di Luh Mahfuz sebagai jodoh Aina, Aina terima dengan redha” , jawab Aina tenang.
   Haikal tersenyum mendengar jawapan tulus dari bibir Aina.
   “ Tapi cincin tak ada lagi. Tak sempat Haikal nak beli. “ sengih Haikal.
   “ Aikkk?? Macam mana nak melamar Aina ni, cincin pun tak ada. Tak jadi la Aina nak jadi isteri Haikal. “ kata Aina sambil ketawa. Haikal turut sama ketawa mendengar ugutan manja Aina.



Sebulan yang dinanti telah tiba. Tanggal 31.12.2013 menjadi saksi ikatan suci dua cinta antara Haikal dan Aina. Risham yang turut bersama begitu rimas dan marah melihat kemesraan Haikal dan Aina.
   “ Siap kau Haikal!! Aku akan rampas Aina daripada kau!! Aku bersumpah!!, “ sumpah Risham di dalam hati.


Malam mula menjelma. Bintang dan bulan menyuluh sinar yang cukup indah malam itu. Sesekali angin masuk ke dalam kamar memberi kesejukan kepada penghuni di dalamnya.
   “ Aina, kenapa ni? Sejak tadi abang perasan Aina sedih jer. Aina menyesal ke kahwin dengan abang?” soal Haikal.
   “ Taklah. Aina bahagia sangat kahwin dengan abang. Sekarang ni Aina dah ada  orang yang sangat menyayangi Aina di sekeliling Aina, abang, kak Sya, papa dan mama.”jawab Aina.
   “ Habis tu kenapa Aina sedih sangat ni? Sayang ceritalah kat abang. Ni kan malam pertama kita. Tak nak la sedih-sedih macam ni.” kata Haikal sambil mengelus-elus rambut isterinya.
   “ Abang, sebenarnya Aina sedih sangat sebab saat Aina berumahtangga dengan abang, kenapa ibu bapa Aina tiada di sisi Aina. Aina belum sempat bahagiakan mereka berdua.” rintih Aina.
   “ Aina, jangan cakap macam tu. Hidup mati tu kan ketentuan dari Allah. Abang faham perasaan Aina. Abang janji selagi Aina bergelar isteri abang, abang akan sentiasa bahagiakan Aina. Abang takkan sesekali buat Aina sedih mahupun kecewa. Abang janji..” ikrar Haikal.
   Aina tersenyum. Lantas dia memeluk Haikal. “ Ya Allah, andai lelaki ini suami yang Engkau takdirkan buatku. Aku bersyukur sangat. Engkau kekalkanlah hubungan kami..” doa Aina di dalam hati.
   “ Abang sayang Aina…” bisik Haikal ke telinga Aina.

Hampir 5 bulan Aina Balqish menjadi isteri Syed Haikal. Hidup Aina tiap hari dihiasi bunga-bunga kemesraan dan tidak pernah walau sekalipun Haikal menyakiti hati Aina. Aina juga sudah berhenti dari Syarikat SH Corp atas permintaan suaminya.
   Namun begitu, sejak dua menjak ini, Aina sering mengalami sakit-sakit pada tubuhnya terutama di bahagian hatinya. Dia juga lebih kerap muntah-muntah setiap kali selepas makan. Apabila disoal oleh Haikal adakah dia sakit, Aina menafikan perkara itu dengan harapan ianya benar. Tetapi, setelah dipaksa beberapa kali oleh Haikal untuk berjumpa doktor, akhirnya dia beralah. Pagi itu, dia akan berjumpa dengan Doktor Syafiq, teman Haikal setelah disarankan oleh suaminya yang tercinta itu.


“ Jadi macam mana doktor?” soal Aina.
   “ Sudah lama ke Aina rasa sakit-sakit macam ni?” tanya Doktor Syafiq.
   “ Tak la lama sangat. Rasanya ada la dalam 2-3 minggu”, jawab Aina jujur.
   “ Aina, actually I have both good and bad news. The good news is you actually hamil 2 months. And for the bad news saya sebenarnya tak tau nak cakap macam mana, tapi saya harus jujur demi kebaikan awak dan Haikal. Sebenarnya Aina awak menghidap kanser hati. Dan penyakit itu sudah berada di tahap 4.” Tutur Doktor Syafiq berhati-hati.
   “ What doc!! Kanser hati! Tahap 4! Ya Allah… Tapi kenapa baru sekarang saya berasa sakit-sakit? Dan bukan dari dulu lagi?,” soal Aina bertubi-tubi.
   “ Tenang Aina. Tenang. Penyakit kanser ni kita tak boleh agak bila ia akan menyerang. Kadang tu ada mangsa sudah meninggal baru kita tahu dia menghidap kanser.” Terang Doktor Syafiq.
   “ Macam mana saya nak sembuh doc?”, Aina menyoal.
   “ Kita boleh lakukan pembedahan kalau Aina nak. Pembiayaannya lebih kurang RM 50 000”. Jawabnya. “ But I takut pembedahan ni boleh memberi kesan sampingan to your baby. “ Doktor Syafiq menambah.
   Terkejut Aina apabila mendengar penjelasan doktor itu. Ya Allah, apa yang perlu hambaMu ini lakukan? Aku tak nak bebankan suamiku dalam hal ini dan aku tak nak apa-apa terjadi pada zuriat yang aku kandungkan ini…, Aina berbicara  di dalam hati.
   “ Doktor, boleh tak saya nak minta tolong”, soal Aina.
   “ Apa dia? InsyaAllah kalau saya boleh bantu, saya akan bantu”, jawab Doktor Syafiq.
   “ Tolong jangan beritahu suami saya yang saya ada kanser hati dan kehamilan saya”, tutur Aina.
   “ Tapi kenapa? Haikal patut hal penting ini. Ini soal hidup dan mati”, bangkang Doktor Syafiq.
   “ Tolonglah doc. Saya tak nak suami saya susah hati. Biarlah saya tanggung seorang diri penderitaan ini. saya juga takut akan berlaku apa-apa pada baby saya ini”, kata Aina sedikit sendu sambil mengusap lembut perutnya.
   Doktor Syafiq menganggukkan kepalanya setelah mendengar jawapan dari mulut Aina.


Aina Balqish keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah dengan penuh kesedihan. Buat pertama kalinya, air matanya gugur setelah berkahwin dengan Haikal. Dia teringat kembali akan kematian ibunya kerana penyakit yang sama dia hidapi. Tiba-tiba handphone berbunyi.
   “ Helo. Siapa ni?”, soal Aina sambil mengelap air matanya.
   “ Helo Aina. Risham ni. Aina, Haikal… Haikal,” kata Risham terketar-ketar.
   “ Kenapa dengan suami Aina, Sham?”, soal Aina cemas.
   “ Haikal tiba-tiba pengsan Aina masa kami nak pergi makan tengah hari. Risham panik sangat. Risham tak tau nak buat apa. Risham terus bawa Haikal ke rumah Risham. Aina marilah. Dari tadi lagi Haikal masih belum sedarkan diri”. Jawab Risham.
   “ What! Pengsan! Risham tunggu Aina datang sekarang”, tutur Aina.
   Risham di talian sudah tersenyum makna. Aina terus menuju ke keretanya dan memecut ke rumah Risham.


“ Assalaimualaikum”
   “ Waalaikuamusalam. La Aina. Masuklah.” Jawab Risham.
   “ Mana Haikal, Sham?” segera Aina menyoal.
   “ Aina duduk dulu. Haikal tak sedar lagi. Biar Risham pergi buat air sekejap”, kata Risham melengahkan masa.
   “ Tak Sham, Aina nak tengok sekarang!” bentak Aina.
   Risham terus mengajak Aina ke kamar yang dikatakan Risham ada suaminya di dalamnya. Belum sempat Aina memulas tombol pintu, terdengar bunyi pintu hadapan diketuk. Segera Risham membukanya.
   “ Assalaimualaikum. Maaf encik, kami dari Jabatan Agama Islam, kami ada terima laporan encik ada membawa masuk perempuan muhrim ke dalam rumah ini dan berdua-duaan di dalam.”
   Terkejut Aina mendengar kata-kata lelaki berserban putih itu.
   “ Tak encik. Saya ada di sini kerana suami saya ada kat dalam bilik itu,” jawab Aina sambil jarinya menunjukkan ke arah satu kamar di dalam rumah itu.
   “ Kalau begitu, boleh puan tunjukkan buktinya.” Jawab lelaki itu.
   Aina segera memulas tombol pintu bilik. Hampir terjatuh jantung Aina apabila melihat tiada siapa pun di dalam bilik itu.
   “ Maaf puan. Setelah kami lihat tiada siapa di dalam, maka benarlah yang puan berdua-duaan bersama-sama lelaki yang bukan muhrim puan,” kata lelaki itu.
   Air mata Aina mulai menitis. “ Apa semua ni Sham?” soal Aina dengan linangan air mata. Sebaliknya, Risham hanya senyum mendengar pertanyaan Aina.


Keadaan di rumah Dato’ Ismail riuh setelah berita tentang Aina dan Risham tersebar. Yang paling marah dan kesal tentulah Haikal.
   “ Apa semua ni Aina. Selama ni abang sayang Aina sepenuh hati abang, tapi ini balasan Aina terhadap abang. Jika ada khilaf abang selama abang jadi suami Aina, tak perlulah Aina curang belakang abang. Dengan kawan baik abang pula.” Marah Haikal.
   “ Sumpah bang. Aina kena perangkap dengan Risham. Dia beritahu abang pengsan dan abang ada kat rumah dia, jadi Aina pergi la. Aina risau sangat,” jawab Aina jujur dengan air matanya yang mulai menitis.
   “ Dah la, tak payah lagi kau nak tipu aku. Di sebalik tudung yang menutupi kepala kau, tersembunyi seribu satu kejahatan kau yang sebenar.” Marah benar Haikal terhadap isterinya, sehinggakan panggilan abang, Aina bertukar kepada  kau,aku.
   “ Abang, Aina merayu sangat. Maafkan Aina. Aina sayang abang. Aina cinta abang.” Rintih Aina.
   Rintihan Aina langsung tidak diendahkan oleh Haikal. Haikal terus menuju ke kamar mereka di tingkat atas. Setelah beberapa minit, Haikal kembali sambil melempar beg pakaian ke arah Aina.
   “ Kau ambil beg pakaian kau dan berambus kau dari rumah ni. Jijik aku nak tengok muka perempuan murahan macam kau.”
   “ Nak, jangan buat macam ni. Kita selesai masalah baik-baik. Janganlah sampai halau Aina dari rumah ini,” pujuk Dato’ Ismail dan Datin Adibah.
   “ Selesai macam mana lagi? Haikal dah muak tengok muka iblis yang bertopengkan manusia ini”, jawab Haikal tanpa memikirkan hati kecil Aina.
   “ Abang, jangan halau Aina. Abanglah nafas Aina untuk Aina terus hidup. Tanpa abang, Aina lemah. Aina sanggup dihina, dicaci, dimaki, asal abang tak buang Aina. Aina tak ada niat pun nak sakitkan hati abang. Aina sumpah, Aina diperangkap oleh Risham,” rintih Aina.
   “ Cukup kau buruk-burukkan nama Risham! Aku kenal dia dari kecil lagi. Aku tahu hati budi dia macam mana.” Jawab Haikal yang lebih mempercayai kawan daripada isterinya sendiri.
   “ Mulai hari ni jangan kau tunjukkan wajah kau lagi di depan muka aku! Selagi aku tak dapat maafkan kau, jangan kau berani kacau hidup aku! Kalau kau nak mati sekalipun, jangan harap aku akan tatap muka kau tu!! Dah pergi!!” jerit Haikal sambil menarik tangan Aina keluar dari rumah itu. Aina hanya mampu mengalirkan air mata dengan perlakuan kasar suaminya itu.
    Jelas terpancar kekecewaan di wajah Dato’ Ismail dan Datin Adibah atas perlakuan anaknya itu kepada menantu mereka itu tanpa menyelidik lebih dalam apa sebenarnya yang telah berlaku.



Teksi itu berhenti betul-betul di hadapan rumah Syarafana. Syarafana yang sedang menyiram pokok bunga melemparkan pandangan ke arah teksi tersebut.
   “ Eh, Aina. Kenapa dengan Aina ni. Aina nak pergi mana dengan semua beg besar ni? Haikal mana?“ soal Syarafana setelah teksi berlalu pergi.
Hati Syarafana semakin resah memikirkan Aina yang hanya mengalirkan air mata.
   “ Dah jom masuk kat dalam. Kak Sya nak Aina cerita segalanya yang berlaku  sehingga Aina jadi macam ni,” tutur Syarafana.
   Di dalam rumah, Aina menceritakan segala-galanya kepada Syarafana. Dari berita penyakit yang dihadapi hingga ke kes khalwat yang menjadi titik hitam dalam perkahwinannya dengan Yusri.
   “ Astaghfirullahalazim.... Kenapa semua ni boleh terjadi Aina? Tergamak suami kau lebih percayakan kawannya lebih dari isterinya sendiri. Suami jenis apa macam tu?” marah Syarafana.
   “ Aina tak tau Kak Sya. Apa dosa Aina sampai Aina diduga dengan cabaran yang sangat besar? Tuhan dah tak sayang Aina ke Kak? Berita penyakit Aina, Aina masih boleh terima, tapi dihalau oleh suami sendiri…. Hati siapa tak sakit Kak? Saat Aina perlukan suami Aina, saat itu juga dia membuang Aina.  Berdosa sangatkah Aina ni Kak?” jawab Aina dengan air mata yang deras berlinangan.
   “ Bawa mengucap Aina. Allah sengaja nak uji Aina. Percayalah tidak ada satu ujian pun yang Allah bagi yang di luar batasan manusia untuk menghadapinya. Aina sepatutnya redha dan berdoa agar suami Aina diberi hidayah agar dapat melihat kebenarannya..” pesan Syarafana sambil menyeka air mata di pipi Aina.
   “ Aina tak larat dah Kak. Kalau ini takdir Allah, Aina terima. Aina harap Aina masih dapat bersama suami Aina sebelum Aina pergi buat selama-lamanya..” tutur Aina dengan sayu.
   “ Sabarlah Aina..”


   “ Papa tak sangka kau sanggup halau isteri kau sendiri. Papa harap suatu hari nanti kau akan menyesal..” kata Dato’ Ismail.
      “ Never Papa,” jawab Haikal dengan angkuh.
     “ How could you lebih percayakan your best friend more than your own wife! “ kesal Dato’ Ismail.
     “ Papa, are you trying to put the blame on my best friend. Come on la papa, Haikal dah kenal Risham sejak kecil lagi. Haikal tahu peribadi Risham macam mana. Risham takkan buat apa-apa yang boleh menghancurkan kebahagiaan Haikal. “ kata Haikal penuh yakin sambil berlalu meninggalkan Papanya di ruang tamu.
      Dato’ Ismail hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
     “ Ya Allah, Engkau selamatkanlah rumahtangga anak dan menantuku..” doa Dato’  Ismail di dalam hati.

                                                                                                                  
Hampir lima bulan, Aina terseksa. Terseksa kerana penyakit kansernya dan juga terseksa menanggung rindunya pada suaminya yang tersayang. Kata-kata suaminya saat dia dihalau masih terngiang-ngiang di telinganya.
    “ Mulai hari ni jangan kau tunjukkan wajah kau lagi di depan muka aku! Selagi aku tak dapat maafkan kau, jangan kau berani kacau hidup aku! Kalau kau nak mati sekalipun, jangan harap aku akan tatap muka kau tu!! Dah pergi!!”
    “ Abang sanggup abang  cakap macam tu kat Aina. Aina memang dah nak mati bang. Tapi Aina harap sangat sebelum Aina mati Aina dapat lihat abang buat kali terakhir..” rintih Ain dalam sendu.
     “ Sayang, kalau apa-apa terjadi kat sayang, mama nak minta maaf. Andai sayang tak sempat melihat dunia ini kerana mama, mama nak minta maaf sebab tak dapat nak pertemukan sayang dengan papa. “ tangis Aina sambil menggosok perutnya.    

Kehidupan Haikal juga semakin terumbang-ambing. Terbit satu perasaan aneh dalam atma Haikal. “ Adakah aku merinduinya?”. “ Tak mungkin..” segera sisi jahatnya menjawab. Hubungannya dengan Risham juga tidak serapat dahulu.


Aina sedang sibuk membuat air di dapur. Menyedari kehadiran Syarafana, dia membuat satu mug lagi air milo.
   “ Terima kasih..” ucap Syarafana setelah mengambil mug yang dihulur oleh Aina.
   “ Ya Allah, Aina, muka Aina pucat sangat ni. Jom kita ke hospital.” kata Syarafana.
   “ Pucat sikit je ni. Lepas Aina makan ubat, ok la ni..” tutur Aina cuba menenangkan Syarafana.
   “ Aina, akak nak tanya sikit boleh tak..?”
  “ Apa dia?”
   “ Kenapa Aina rahsiakan penyakit Aina dari pengetahuan Haikal? Diakan suami Aina, dia patut tahu penyakit Aina. kesian dia Aina..” soal Syarafana.
   “ Kerana Aina mencintainya. Aina tak nak dia kembali pada Aina kerana kesiankan Aina, kerana Aina dah nak mati, kak. Aina yakin jika Haikal benar-benar cintakan Aina, dia akan cari Aina, Aina yakin kak. Aina harap akak janganlah bagitahu Haikal tentang penyakit Aina ni..” tutur Aina dengan linangan air mata.
   Syarafana mengangguk sambil menyeka air mata yang mengalir pada pipi Aina. “ Sabarlah Aina..” pesan Syarafana.


Malam itu, Aina ke kamar Syarafana. Tangannya memegang erat sepucuk surat.
   “ Assalaimualaikum Kak Sya. Akak dah tidur?” soal Aina sambil membuka pintu bilik Syarafana.
   “ Waalaikumussalam. Belum lagi Aina. Kenapa Aina?” tanya Syarafana.
   “ Akak, Aina nak minta tolong boleh?”
   “ Apa dia Aina?” tanya Syarafana yang sudah mulai gelisah.
   “ Akak, bila Aina dah tak ada nanti, boleh tak Akak tolong bagi surat ni kat suami Aina?” soal Aina sambil tangannya menyerahkan sepucuk surat kepada Syarafana.
   “ Apa Aina cakap ni. Hidup mati ni kan ketentuan Allah. Akak akan pastikan Aina sendiri yang akan serahkan surat ni kat Haikal..” jawab Syarafana.
   “ Tak Kak. Haikal dah buang Aina dari hidup dia. Dia dah tak nak jumpa Aina dah. Tolonglah Kak..” rayu Aina penuh harapan.
   Segera Syarafana mengambil surat dari tangan Aina. Tidak sanggup dia kecewakan gadis yang sudah dianggap adik kandungnya itu.


“ Abang, Aina dah nak pergi bang. Aina akan pergi buat selama-lamanya dari hidup abang. Ini yang abang mahu kan? Aina harap abang akan temui pengganti Aina. Aina akan selalu mencintai abang..”
   “ Aina… Aina… Aina jangan tinggalkan abang, Aina. abang terseksa hidup tanpa Aina di sisi, Aina. Aina jangan pergi, Aina. Aina.. Aina…” jerit Haikal.
   Haikal terjaga dari mimpinya. Ya Allah, apakah maksud mimpiku ini Ya Allah? Aina nak pergi dari hidup aku? Aina sakit ke Ya Allah? Tapi kenapa Aina tak bagitahu aku Ya Allah? Engkau lindungilah sentiasa isteriku Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…” pinta Haikal sambil menyapu mukanya yang berpeluh.


Jam 6.30 pagi, Syarafana ke bilik Aina untuk kejutkannya solat Subuh.
   “ Aina bangun. Dah subuh dah ni.” Tutur Kak Sya sambil menggoncang tubuh Aina.
   Tiba-tiba jantung Syarafana berdegup jantung.
   “ Aina, jangan takutkan Akak, Aina. Bangun Aina, jangan tinggalkan Akak, Aina.” Rintih Syarafana.
   Syarafana memeriksa nadi Aina. Lemah. Segera Syarafana mengangkat Ain dan membawanya ke hospital.
  

“ Maaf cik. Keadaan Aina sangat nazak sekarang ni. We must operate her as soon as possible. Where is his husband?” soal Doktor Syafiq.
   “ Suami dia tak ada doc, outstation..” Syarafana berbohong. “ Lakukanlah apa saja, asal nyawa Aina selamat..” tuturnya lagi.
   Doktor Syafiq mengangguk.


Haikal tiba di pejabatnya dengan lemah longlai. Telefonnya tiba-tiba berdering.
   “ Helo, ini Encik Syed Haikal ke? Soal suara di hujung talian.
   “ Ya..” Haikal menjawab.
   “ Saya jururawat dari Hospital Sultanah Nur Zahirah. Kawan encik, Encik Risham yang suruh telefon encik. Kawan encik accident dan sekarang keadaannya kritikal,” kata jururawat itu.
   “ Risham accident? Ya Allah… Baiklah saya ke sana sekarang..” jawab Haikal mematikan perbualannya.

“ Haikal, aku betul-betul nak minta maaf atas dosa aku pada kau selama ni..” pinta Risham dengan nada yang lemah.
   Haikal memandang sayu ke arah Risham. Tubuhnya yang berselirat dengan wayar yang bersambungkan mesin-mesin benar-benar menyentuh tangkai hati Haikal yang kesiankan nasib malang yang menimpa teman baiknya itu.
   “ Apa kau cakap ni Sham. Sepanjang kau jadi sahabat aku, tak pernah sekalipun kau lukakan hati aku..” jawab Haikal tulus.
   “ Tak Kal. Aku sebenarnya berdosa pada kau. Aku berdosa pada Aina..” jawab Risham sambil mulai menitiskan air mata.
   “ Apa kau cakap ni Sham? Aku tak faham la..” soal Haikal kehairanan.
   “ Sebenarnya akulah penyebab kau dan Aina berpisah. Jika bukan aku yang perangkap Aina dulu, pasti ini semua tak akan terjadi. Aku berasa berdosa sangat Kal. Aku takut kau tak dapat maafkan aku..” tutur Risham dengan linangan air matanya yang mulai deras mengalir.
   Terkejut Haikal mendengar pengakuan Risham. Dia meraup wajahnya berulang kali. Dia beristighar di dalam hati. Kini, dia mengetahui kebenaran tentang apa yang terjadi dahulu. Memang benar cakap Aina. Dia tidak bersalah. Ya Allah.
   “ Kenapa kau buat semua ni Sham. Apa salah aku pada kau? Tergamak kau buat aku macam ni. Selama ini aku sangka Aina tu iblis bertopengkan manusia, tetapi sebenarnya kau iblis tu yang sebenarnya!! Kau kejam Sham!!” kata Haikal dengan nada marah.
   “ Aku minta maaf sangat-sangat Kal. Aku tahu aku salah. Aku menyesal sekarang. Aku buat semua tu dulu, sebab aku pun mencintai Aina. Tapi sekarang baru aku sedar sebenarnya cinta kau pada Aina sangat besar. Bahkan dengan apa yang berlaku dulu, kau masih tak dapat lupakan Aina. Aku minta maaf sangat-sangat Kal. Maafkanlah aku sebelum aku pergi buat selamanya. Aku tak larat dah Haikal..” pinta Risham.
   “ Aku kecewa dengan kau Sham. Aku menyesal pernah menganggap kau teman terbaik aku selama ni..” kata Haikal dengan kesal.
   Haikal segera meninggalkan bilik Risham dengan perasaan bercampur-baur. Kecewa dengan perbuatan Risham dan sedih atas sikap kejamnya terhadap Aina. Risham menjerit nama Haikal berulang kali, tapi tak diendahkan.
     “ Maafkan aku, wahai sahabatku,” pinta Risham di dalam hati sambil matanya terpejam rapat.


“ Eh Haikal. Kau buat apa kat sini bukan sini? Bukan ke kau outstation?” soal Doktor Syafiq setelah terserempak dengan Risham di dalam hospital.
   “ Oustation?” soal Haikal kembali.
   “ La.. dah kawan isteri kau, Aina kata kau outstation. Takpelah lupakanlah hal tu. Kau datang sini mesti nak bagi sokongan kat Aina kan? Baguslah, sekarang ni dia perlu sangat sokongan dan doa dari seorang suami. Dah 5 jam dia kat dalam bilik bedah, tapi tak keluar-keluar lagi. InsyaAllah, kita doakan yang terbaik untuk dia..” tutur Doktor Syafiq yang menimbulkan kehairanan pada wajah Haikal.
   “ Aina? Bilik bedah? Apa kau cakap ni Syafiq? Aku tak faham la. Apa yang dah jadi pada Aina?” soal Haikal cemas.
   “ Kau tak tahu lagi ke pasal penyakit Aina? Aina tak bagitahu kau apa-apa ke?” tanya Doktor Syafiq.
   “ Penyakit Aina? Aina sakit apa Syafiq, tolonglah bagitau aku..”  rayu Haikal.
   “ Haikal, sebenarnya aku dah janji kat Aina yang aku takkan bagitau. Tapi, sekarang kau sangat-sangat perlu tahu kebenarannya. Sebenarnya Kal, Aina ada kanser hati. Kanser hati! Sekarang ni keadaannya tengah nazak. Dia sekarang ada kat dalam bilik bedah. Dah 5 jam, tapi belum keluar-keluar lagi..” terang Doktor Syafiq.
   “ Ya Allah, isteri aku.” Haikal segera menuju ke bilik pembedahan dengan pantas meninggalkan Doktor Syafiq sendirian. “ Ya Allah, selamatkanlah Aina….” Pinta Haikal dalam hati.


“ Kak Sya, Aina macam mana,” soal Haikal setelah melihat kelibat Kak Sya di luar kamar pembedahan.
   Syarafana terkejut melihat Haikal yang tiba-tiba berdiri di hadapannya .
   “ Apa kau dah buat kat Aina hah Haikal?. Belum puas sakitkan hati Aina? Kau ni suami jenis apa hah?? Sanggup buang isteri kerana lebih mempercayai kawan. Baik kau pergi dari sini sebelum aku panggil pengawal. Pergi!!” jerkah Syarafana.
   “ Haikal minta maaf Kak. Saya tahu saya salah. Haikal benar-benar minta maaf. Haikal sanggup melutut kat kaki Akak, tapi jangan halau  Haikal dari sini. Haikal nak sangat bersama-sama isteri Haikal..” rayu Haikal dengan guguran air mata.
   “ Buat apa kau nak melutut kat kaki aku? Kau sepatutnya melutut kat kaki Aina? 5 bulan Aina menanggung seksa kerana kau. Aku tak tahu kenapa kau tergamak buat Aina macam tu? Sekarang ni Aina menanggung kesakitan kat dalam tu kerana siapa? Kerana kau!!” marah Syarafana sambil menunjukkan ke arah bilik bedah.
   Haikal hanya mampu menitiskan air mata. Memang benar dia yang bersalah, dan sekarang dia harus menerima balasannya.
     “ Ya Allah, selamatkan isteri aku. Jangan ambil dia lagi. Aina, kuatlah sayang. Abang berjanji mulai sekarang abang akan selalu gembirakan Aina. Abang takkan sakitkan hati Aina lagi..” rayu Haikal.
   Tiba-tiba pintu bilik pembedahan terbuka. Seorang doktor dalam lingkungan 40-an keluar. Tertera nama ‘ Doktor Fazli’ pada bajunya. Haikal dan Syarafana segera mendapatkannya.
   “ Macam mana dengan isteri saya doc?” soal Haikal berdebar-debar.
   “ Maafkan kami encik. Kami dah cuba sedaya upaya. Ternyata Allah lebih menyayangi dia dari kita menyayanginya..” tutur doktor itu. “ And about the baby, kami dah lakukan yang terbaik, tapi dia juga pergi bersama ibunya. “ doktor itu menambah.
     “ What!! Baby? “ soal Haikal dan Syarafana serentak dengan rasa hairan.
     “ Yes. She was pregnant for 2 months…” beritahunya.  
   Haikal kelu seribu bahasa.Kak Sya meraung sekuat hati. Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaannya ketika itu. “ Aina.. Aina dah pergi. Sanggup Aina tinggalkan abang. Sanggup juga Aina rahsiakan pada abang penyakit dan kandungan Aina. Abang belum sempat minta maaf dengan Aina. Abang belum sempat memberi kebahagiaan sebenar pada Aina pada bakal anak abang. Maafkan abang., Aina” pintanya. Saat manis ketika dia bersama Aina ketika menjadi suami isteri berjaya berlabuh di dalam kotak fikirannya.
   “ Abang, sejauh mana cinta abang pada Aina?” soal Aina sambil melentokkan kepalanya di dada suaminya.
   “ Apa punya soalan Aina tanya kat abang ni? Aina, setiap manusia Allah jadikannya berpasang-pasangan. Kalau Aina betul-betul suri hidup abang, datanglah sebesar mana pun ujian dari Allah, kita akan hadapinya bersama-sama demi kebahagiaan rumahtangga kita..” jawab Haikal sambil mencuit manja hidung Aina.
   “ Kalau Aina mati pula? Abang nak kahwin lagi tak?” tanya Aina lagi.
   “ Kalau Aina mati, abang kahwin lagilah. Bosanlah hidup menduda. Kalau Aina dah tiada, boleh abang bermanja dengan isteri baru abang pula..” kata Haikal sambil melepaskan tawanya yang kuat.
   “ Apalah abang ni, orang serius dia main-main pula. Aina nak merajuk lah..” rajuk Aina. Tapi, makin kuat ketawa Haikal dibuatnya.

   Haikal tersenyum sendiri. Sesungguhnya kenangannya dengan Aina sukar untuk dia lupakan. “Maafkan abang, Aina”

Semilir petang bertiup menampar rambut Haikal. Suasana perkuburan itu sepi setelah semua orang pulang termasuk Dato’ Ismail dan Datin Adibah. Haikal duduk berteleku di tepi pusara Aina ditemani Kak Sya.
   “ Abang, Aina dah nak pergi bang. Aina akan pergi buat selama-lamanya dari hidup abang. Ini yang abang mahu kan? Aina harap abang akan temui pengganti Aina. Aina akan selalu mencintai abang..”
   “ Aina… Aina… Aina jangan tinggalkan abang, Aina. abang terseksa hidup tanpa Aina di sisi, Aina. aina jangan pergi, Aina. Aina.. Aina…” jerit Haikal.
   Akhirnya, Haikal mengerti makna mimpinya itu. Aina sudah pergi dari hidupnya buat selama-lamanya. Ya Allah….

   “ Haikal, Kak Sya minta maaf sangat-sangat atas perlakuan kasar Akak kat hospital hari tu. Haikal tahu kan macam mana sayangnya Akak pada Aina. Akak takut kalau terjadi apa-apa terjadi pada Aina masa tu..” terang Kak Sya.
   Haikal yang seakan kembali ke dunia nyata mengangguk tanda memahami kata-kata Kak Sya.
   “ Haikal, sebenarnya Aina ada titipkan surat buat Haikal. Dia suruh Akak bagi setelah dia tiada.. “ kata Kak Sya sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Haikal.
   Haikal menyambut surat dengan air mata yang mulai menitis. Segera Kak Sya meninggalkan Haikal bersendirian di makam isterinya. Kertas kajang putih yang berdakwat biru itu, Haikal tatap dengan perasaan sayu. Bait-bait yang tertulis, cukup menyentuh tangkai hatinya.

Ke hadapan suamiku yang tersayang,
     Bila abang membaca warkah ini, bererti Aina dah pergi dari hidup abang buat selama-lamanya. Abang, 5 bulan kita menyulam bahagia, saat itu juga Aina merasakan hidup Aina sangat sempurna. Walaupun tempoh itu singkat, tapi bagi Aina, itulah tempoh paling Aina ingati sepanjang Aina bernafas di bumi Allah ini.
     Kebahagian kita hilang sekelip mata. Kejadian yang mencoret kenangan hitam dalam hidup Aina begitu sukar untuk Aina hapuskan. Saat Aina dibuang suami sendiri atas perkara yang bukan Aina lakukan. Aina diperangkap bang! Aina diperangkap! Walaupun bumi ini menolak Aina, Aina rela. Tapi, bila Aina dibuang suami sendiri, hancur lumat hati Aina, bang.
     Aina juga nak minta maaf bang kerana merahsiakan penyakit Aina dan tentang baby yang Aina kandungkan. Aina tak nak susahkan abang. Apa yang Aina perlu doa dan sokongan dari seorang suami, namun itu semua lenyap, bang. Abang pun tak kisah jika Aina mati, sebab itu Aina rahsiakan. 5 bulan Aina terseksa bang. Aina rindu abang. Aina cinta abang. Baby dalam perut Aina juga rindu dengan Papanya.
     Abang ingat tak waktu abang melamar Aina? Abang kata biarlah malam ni sang bulan dan bintang menjadi saksi cinta abang pada Aina. Jadi, malam Aina menulis warkah ini, biarlah sang bulan dan bintang menjadi saksi titik noktah perkahwinan kita. Aina nak abang tahu, walau apa pun yang terjadi, cinta abang akan sentiasa tertanam di dalam hati Aina. Selamat tinggal suamiku…..
Yang mencintaimu,
                                                                                                                                             AINA


   Air mata Haikal mengalir tak henti. 5 bulan isterinya menanggung derita kerana khilafnya seorang suami. “ Abang berdosa pada Aina. Abang lalai dari tanggungjawab abang sebagai seorang suami. Abang, suami yang jahat, Aina!! Abang ingkar janji abang untuk memberi kebahagiaan buat Aina sewaktu Aina menjadi isteri abang dulu. Abang biarkan amarah menguasai diri sampai abang sanggup membuang Aina. Abang tak berada di sisi Aina tika Aina sakit. Abang minta maaf, Aina…” rintihnya sambil mengusap-usap batu nisan yang tertulis nama isterinya itu.
   Abang nak Aina tahu, walaupun kini kita di dalam dua alam yang berbeza, abang akan selalu menyayangi dan mencintaimu Aina kerana hanya Aina abang cinta seorang. Abang sentiasa berdoa agar Aina akan tetap menanti abang di sana. Haikal tersenyum. Seakan dapat melihat Aina juga tersenyum kepadanya. Dengan kedamaian yang dirasakan, Haikal memejamkan mata.


Kini, Aina pergi buat selama-lamanya. Andai dapat waktu diundur kembali, ingin saja Haikal membetulkan segala khilafnya sebagai suami kepada Aina Balqish. Namun, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Segala kenangan pahit manis bersama-sama Aina akan sentiasa terpahat dalam kotak fikiran Syed Haikal kerana hanya gadis bernama Aina Balqish yang akan sentiasa ada dalam hatinya sehingga hujung nyawa………


TAMAT